Seperti Keju Dan Coklat
15 Nov 2011 | 06:35 | 0 comments
Bab 1 : Raisya diminati seniorSemester baharu sudah bermula.Ini bererti Raisya binti Firdaus akan memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun dua kursus seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Mujurlah dia masih lagi dapat menginap di Kolej Tun Fatimah.Sekiranya tidak,tentu dia juga terpaksa tinggal di rumah sewa seperti rakan-rakan lain yang kebanyakannya sudah berpindah ke kawasan berdekatan UTM seperti Taman Teratai mahupun Taman Universiti.Mujur juga Raisya ditempatkan sebilik dengan Sakinah, teman workbase ketika berada di tahun satu dahulu.
Tetapi ada sebab lain yang membuatkan Raisya bersyukur dapat menginap di kolej iaitu sebagai gadis berusia 19 tahun, Raisya bimbang sekiranya gagal mengawal tingkah laku dan akan terpengaruh dengan aktiviti luar berbentuk hiburan dan juga keseronokan.Raisya tidak mahu lupa daratan! Raisya juga berkira soal duit.Mungkin dia juga boleh dikategorikan sebangai seorang yang kedekut! Jadi mana mungkin seorang yang kedekut seperti Raisya akan membajirkan wang sebanyak dua ratus lima puluh ringgit sebulan demi membayar sewa rumah, bil air dan elektrik.
Oleh itu, mendapat kemudahan menginap di hostel adalah satu anugerah terindah buat Raisya.Besar nikmatnya dapat menginap di hostel walaupun rakan-rakan lain menganggapnya tidak matang kerana tidak mahu belajar berdikari dengan menyewa di luar kolej UTM.
Tetapi semua itu tidak menjadi kudis kepada Raisya.Bagi Raisya, mereka sekadar dengki! Malah dia berbangga dapat menginap di hostel.Apatah lagi Kolej Tun Fatimah berdekatan dengan Arked Meranti, lebih kurang 420 meter dari Blok H15 Kolej Tun Fatimah mengikut ukuran Raisya di Google Earth.Arked Meranti adalah antara tempat melepak paling popular di UTM kerana makanan di situ sedap-sedap serta pelbagai pilihan menggoda mata.Tidak ketinggalan juga, di situ mempunyai kedai menjual barangan komputer dan kedai runcit.Oh, memang syurgawi!
Memandangkan Raisya diberi bilik baharu pada semester ini, maka dia harus memulakan operasi mengemas.Pada hari ini, Raisya bersama-sama dengan Sakinah yang juga rakan satu kursus dengannya, membersihkan bilik mereka.Tetapi kini Sakinah menghilangkan diri ke Arked Meranti kerana mahu membeli makan tengah hari untuk mereka.Tinggallah Raisya melangsaikan kerja membersih mini bar, mengemas katil, menyusun buku-buku di meja belajar serta menyangkut baju ke dalam almari.
"Raisya! Raisya!" tiba-tiba suara Sakinah berkumandang dari luar bilik.
Sekejap kemudian, Sakinah mncul dengan muka berpeluh-peluh dan termengah-mengah.Pada tangan kanannya, ada dua bungkusan makanan.Manakala tangan kirinya memegang sepucuk surat.
"Saya terjumpa Fizi budak workbase kita pada semester lepas semasa di kafe tadi.Katanya ada senior berikan surat ini kepada awak," Sakinah menghulurkan surat tersebut kepada Raisya.
Berkerut-kerut dahi Raisya ketika menyambut surat tersebut.Dia tertanya-tanya sendiri sambil menggaru kepala.
"Surat dari senior? Senior manapula yang sudi berkirim surat kepadanya? Mengapa masih mahu berutus surat menggunakan orang tengah sebagai posmen? Bukankah dunia sudah semakin maju? Mengapa tidak menggunakan teknologi e-mel? dan apakah isi surat itu?" otak Raisya ligat berfikir.
bersambung....







